Thursday, August 26, 2010

KOMUNIKASI INTRA-PERSONAL

Assalamualaikum, alhamdulillah hari ini sedar x sedar da masuk hari ke-16 kita berpuasa..hmm memg rugi sangat2 jika kita tidak mengambil peluang setahun sekali ini untuk membuat kebajikan dan amal ibadat. Berbalik kepada post yg lepas, sy ad bercerita serba sedikit mengenai WIM kn, untuk pengetahuan semua hari ini Kumpulan 2 dari Kumpulan 2 DPV NITP telah pn tamat melakukan Lesson Practice yang pertama mereka. Haha berbagai cara dan ragam bakal2 pengajar ini menyampaikan pengajaran, sy pn tidak terlepas drp melakukan hal yg sama..bermacam2 anggapan timbul sebelum melakukan LP pertama ini. Takut gagal, takut xbleh bercakap, haha tp alhmdllh semuanya berjalan dengan lancar, Tahniah diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang telah berjaya melengkapkan LP1 baru2 ini. Jadi..untuk meningkatkan kebolehan menyampaikan pengajaran dengan baik, sy telah menyenaraikan elemen2 penting yg perlu dilakukan oleh setiap bakal2 pengajar agar penyampaian yg disampaikan akan lebih jelas dan berkesan.








PENGENALAN
  1.        Memperbaiki diri agar boleh berkomunikasi dengan baik.
  2.        Pembangunan diri (prinsip, akhlak, sikap).
  3.        Pembangunan fikiran (kreatif dan inovatif).
  4.        Bermulanya komunikasi berkesan.

1 dan 2 adalah model pembangunan diri
3 dan 4 ialah model pembangunan fikiran kreatif.

MODEL PEMBANGUNAN DIRI
         i.            Minda menjana akhlak, akhlak membentuk sikap dan tindakan.
       ii.            Mengubah sikap perlu mengawal minda.
      iii.            Bahagian minda :
·         Minda sedar (conscious).
Menerima maklumat luaran melalui pancaindera.
1/10 minda.
·         Minda dibawah sedar (sub-conscious)
Rakaman pengalaman lepas.
Persepsi atau paradigm.
9/10 minda.
     iv.            Persepsi sangat mempengaruhi tindakan.
·         Cara kita mentafsir dunia
·         Melahirkan sikap, tingkah laku.

       v.            Anjakan paradigma
·         Mengubah paradigm lama --> paradigm baru.

·         Paradigma baru mestilah :
    1.   Berasaskan prinsip / objektif
    2.   Perubahan dalam keluar
    3.  Jadikan ia tabiat (istiqamah)


PERSEPSI -> TINDAKAN -> TABIAT -> DIRI KITA -> NASIB KITA.  

MODEL PEMBANGUNAN FIKIRAN KREATIF
v  Keupayaan memikirkan idea-idea baru
v  Melibatkan semua kerja : pengurusan, komunikasi, peribadi
v  Pemikiran Tabii
·         Berasaskan pengalaman
·         Menghadkan pengembangan
v  Pemikiran kreatif
·         Keluar dari paradigm asal
·         Bukan kebolehan semulajadi
·         Malah ia satu kemahiran
·         Boleh dipelajari dan dikembangkan

KEPERLUAN UNTUK BERFIKIRAN KREATIF
©       Sedar – kita semua boleh berkreatif
©       Minat untuk memperbaiki
©       Sanggup mengubah tabiat
©       Peka pada persekitaran
©       Sanggup berlatih mengasah minda
©       Memahami teknik-teknik pemikiran kreatif
TEKNIK-TEKNIK PEMIKIRAN KREATIF
1.       Escape thinking
2.       Brain storming
3.       Menerbalikkan masalah
4.       Perbandingan
PEMBANGUNAN TEKNIK-TEKNIK KOMUNIKASI DIRI
1.       Pembangunan diri :
a.       Akhlak yang baik
b.      Sikap professional
o   Mengawal perasaan
o   Keyakinan diri
c.        Berfikiran kreatif
o   Dalam komunikasi
o   Dalam latihan
d.       Pengetahuan
e.      Persediaan bertutur
o   Pemilihan tajuk
o   Kandungan ucapan
o   Perkara mungkin dibincangkan
o   Bila/di mana
o   Analisa pendengar
o   Gunakan kreativiti


2.       Latih bercakap pada diri sendiri

a.       Berucap bersendirian / dihadapan kenalan
o   Gunakan kreativiti : imaginasi
·         Bayangkan situasi sebenar
·         Bayangkan anda sedang berucap
·         Bayangkan masalah : panic, berpeluh
·         Menyelesaikan masalah
·         Bayangkan kemungkinan soalan
o   Kesan imaginasi
a.       Meningkatkan keyakinan
b.      Menimbulkan rasa kesediaan
c.       Amalan mereka yang Berjaya

b.      Mendedahkan diri supaya positif dan optimik
a)      Berpengetahuan dengan membaca, berbincang.
b)      Sedia menerima kritikan
c)       Baiki segala kesilapan
d)      Memandang jauh ke hadapan
e)      Kreatif dan inovatif.

No comments:

Post a Comment